Posts

Showing posts from 2015

mencintai dan dicintai

ada kalanya aku runsing aku tak mengerti aku tak mampu menafsir apa kata hatiku ada kalanya aku jatuh dalam lauta cinta ada masanya aku lalai dalam ombak rindu yang menderu hebat ada masanya aku lalai dalam hembusan angin yang menerpa tubuhku.. Ah! betapa aku hanyut dalam cinta aku benci aku buntu aku kusut bukan ini yang aku inginkan bukan ini yang aku mahukan.. jadi apa? apa yang aku inginkan? di saat tawa mereka yang bercinta sedikit pun tidak membuatku cemburu dan senyuman mereka yang bernikah membuatku iri apa yang aku mahukan di saat manusia menjadikan cinta sebagai lumrah yang perlu diturutkan bukan dengan iman tetapi dengan nafsu bagaimana aku? bagaimana aku harus melalui semua ini di saat aku bisa saja leka dan jatuh pada masa aku bisa saja lalai dan tersungkur Oh Allah, aku tak bisa menafsirkan kata-kataku aku tak bisa menterjemah setiap kalam hatiku maka bantulah aku bantulah memahaminya bantulah aku mendengarnya bantulah aku bimbinglah aku ...

suami koma

Image
KERIUHAN di pasar itu benar-benar membingitkan telinganya. Suara-suara penjual yang memanggil-manggil pembeli menambahkan lagi kebingitan di pasar yang agak sederhana besar itu.  Hidayah terpaksa bersesak-sesak dengan pembeli-pembeli yang lain. Panas menyelubungi badannya. Peluh mula membasahi wajahnya. Sesekali hatinya merungut. Akhirnya dia berhenti di hadapan sebuah kedai ayam. Kedai ayam yang menjadi langganannya dan keluarga sejak dia masih kecil lagi. Dia mengesat peluh di dahinya. “ ya dik, nak beli ayam?” soal lelaki yang berumur lingkungan 30-an. Dia tersentak. Hampir terlupa.  “...

kKEBERGANTUNGAN PADANYA??

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG DICERITAKAN... Tinggallah seorang pemuda yang amat gemar mendaki gunung di sebuah perkampungan kecil. Pada satu hari, dia teringin untuk mendaki gunung. Lantas diajak beberapa orang penduduk kampung. “ weh, aku teringinlah nak daki gunung. Kau nak ikut aku tak?” soalnya.  “ kau ni dah gila ke? Sekarang kan musim sejuk. Kau nak mati beku ke kat atas tu” balas beberapa orang penduduk kampung. Namun dia tidak mengendahkan kata-kata penduduk kampung. Dia tetap ingin mendaki gunung. Jadi sepertimana yang diran...

APA ITU CINTA

Image
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. sesungguhnya segala kasih sayang dan cinta itu adalah milikNya yang kekal abadi. salam sayang dari akak buat adik-adik semua. dah bersawang dah rasanya blog ni. alhamdulillah, sekadar selingan, akak dah sambung belajar di UTM JB dalam kos sains fizik. sepanjang kehidupan di universiti ini, akak mula dibuka dan diterangkan tentang apa sebenarnya matlamat hidup kita yang sebenar. di universiti ini juga akak mula kenal apa erti cinta. iya.. cinta yang digembar gemburkan sebagai suatu yang indah. akak akui, memang cinta itu indah. tapi apakah yang menyebabkan ianya indah? adakah kerana redha Allah ataupun dorongan hawa nafsu? jawablah sendiri. beberapa hari yang lepas, kami didatangi oleh Ustaz Adnin, siapa yang tak kenal kan dengan UstazAdnin?  pengasas Tarbiyah Sentap yang banyak menyentapkan hati2 kita semua. betul tak? alhamdulillah, akak mula sedar tanggungjawab akak. bukan sekadar seb...