kKEBERGANTUNGAN PADANYA??
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
DICERITAKAN... Tinggallah seorang pemuda yang amat gemar mendaki gunung di sebuah perkampungan kecil. Pada satu hari, dia teringin untuk mendaki gunung. Lantas diajak beberapa orang penduduk kampung.
“ weh, aku teringinlah nak daki gunung. Kau nak ikut aku tak?” soalnya.
“ kau ni dah gila ke? Sekarang kan musim sejuk. Kau nak mati beku ke kat atas tu” balas beberapa orang penduduk kampung.
Namun dia tidak mengendahkan kata-kata penduduk kampung. Dia tetap ingin mendaki gunung. Jadi sepertimana yang dirancang, pergilah dia mendaki gunung sendirian.. Sehinggalah ke petang.
Sedang mendaki, tiba-tiba tali yang digunakan untuk memanjat terputus sebelah, dan dia terjatuh. Kepalanya terhentak pada batu-batu di tepi bukit. Akhirnya dia pingsan.
Apabila tersedar, dia sedang tergantung di kaki bukit. Hari sudah pun malam. Dia berbicara sendiri.
“ hari dah gelap. Aku dahla sendiri. Aku kat ketinggian berapa sekarang ni?” dia terus bertanya dirinya sendiri dalam ketakutan.
“ Ya Allah, bantulah aku. Bantulah aku” dia terus memohon dan memohon.
“ Ya Allah bantulah aku...” dia tak henti meminta.
“ kreeekkk” kedengaran tali pautannya hampir putus. Dia semakin gelabah.
“ Ya Allah, bantulah aku. Aku dah tak ada tempat lain nak memohon” sekali lagi dia merintih.
“ kau betu-betul percayakan aku?” tiba-tiba satu suara menyoalnya.
“ iya. Aku percayakan kau. Aku cuma ada kau sekarang ni. Tolonglah aku” dia merintih.
“ kau betul-betul percayakan aku?” soal suara itu lagi.
“ iya.. Ku percayakan kau. Tolonglah aku. Aku nak balik” ujarnya.
“ kalau macam tu, kau putuskan tali kau” suara itu mengarah. Dia tersentak.
“ takkanlah aku nak putuskan tali ni. Kalau aku jatuh, aku pasti mati” ujarnya.
Keesokan harinya, penduduk kampung menjumpainya mati kesejukan di kaki bukit. Cuba teka berapa ketinggiannya dari tanah?????
HANYA EMPAT KAKI DARI TANAH...
Sekiranya kita benar-benar percayakan kuasaNya.. Adakah masih ada lagi keraguan untuk melaksanakan suruhanNya?
Comments
Post a Comment