suami koma
KERIUHAN di pasar itu benar-benar membingitkan telinganya. Suara-suara penjual yang memanggil-manggil pembeli menambahkan lagi kebingitan di pasar yang agak sederhana besar itu.
Hidayah terpaksa bersesak-sesak dengan pembeli-pembeli yang lain. Panas menyelubungi badannya. Peluh mula membasahi wajahnya. Sesekali hatinya merungut. Akhirnya dia berhenti di hadapan sebuah kedai ayam. Kedai ayam yang menjadi langganannya dan keluarga sejak dia masih kecil lagi. Dia mengesat peluh di dahinya.
“ ya dik, nak beli ayam?” soal lelaki yang berumur lingkungan 30-an. Dia tersentak. Hampir terlupa.
“ oh ya, ayam dua ekor bang. Potong empat belas eh” pintanya. Lelaki itu mengangguk lalu mencapai dua ekor ayam yang agak besar.
“ abah apa khabar?” soal lelaki itu, sambil memotong ayam dengan menggunakan parang. Hidayah tersentak seketika lalu membalas.
“ alhamdulillah abah sihat” jawabnya ringkas lalu tersenyum. Lelaki itu lantas menyambung.
“ lama tak nampak abah datang pasar.” ujarnya lagi. Hidayah mengangguk.
“ abah agak sibuk. Maklumlah, nak uruskan perniagaan yang kat bandar. Jadi tak sempat” jawab hidayah bersopan. Dia tidak kisah sangat ditanya sebegitu sebab memang dia tahu, abah memang rapat dengan peniaga-peniaga di pasar itu, terutama yang bekerja di kedai ayam itu.
Kata abah, belilah di pasar orang melayu, tak mengapa, kita sama-sama tolong orang melayu nak maju. Lelaki itu memasukkan ayam yang telah siap dipotong ke dalam plastik, lalu menghulurkannya kepada Hidayah.
“ berapa ya?” soal Hidayah.
“ dua puluh” balas lelaki itu. Setelah wang bertukar tangan. Hidayah pergi meninggalkan kedai tersebut. Masih ada banyak barang yang perlu dibeli. Lelaki itu hanya memerhatikannya.
“ woi man.. Jauh kau tenung perempuan tu” tiba-tiba Roslan menyergah dari belakang.
“ hish kau, terkejut aku” pantas dia meningkah.
“ haha, kau ni. Kau minat ke kat anak Pak Haji tu?” soal Roslan lagi. Aiman ketawa lalu menggeleng.
“ siapa yang tak minat kat muslimah solehah macam dia tu. Woi, mahu bergetar jantung aku” ujarnya lalu ketawa.
“ dah tu, kau cakap jelah kat Pak Haji” cadang Roslan. “ kau pun, aku tengok bukan jahil sangat. Antara kau dengan aku, aku lagi baik. Solat kau pun cukup. Lagi-lagi kau rajin ke masjid. Takkanlah Pak Haji nak reject kau. Dia lagi kenal kau” jelas Roslan lagi.
Aiman ketawa sambil menggeleng.
“ apa kau merepek ni Lan, kau tengoklah anak dia tu, pelajaran tinggi. Aku ni.. Jual ayam je bro. Manalah dia nak pandang” ujar Aiman.
“ weyh, Man. Jahil-jahil aku, aku tahu.. Muslimah solehah macam dia tu, tak pandang harta weyh. Cukup kau boleh bimbing dia. Lagipula Pak Haji tu ada bisnes. Kau boleh join” seloroh Roslan.
“ kau ni Lan. Banyak tengok drama. Hah macam nilah jadinya” pintas Aiman.
“ haha, suka hati kaulah Man. Kalau kau lambat, melepas weyh” Roslan berlalu. Aiman termenung.
AIMAN menyarung selipar ke kakinya. Beberapa orang jemaah yang lain masih lagi berada di dalam masjid. Sedang berbual. Ada juga yang sedang solat sunnat. Seorang lelaki berdiri di sebelahnya untuk memakai selipar. Dia menoleh, memandang lelaki itu.
“ eh, Pak Haji” tegurnya dengan ramah. Lelaki itu memandangnya lalu tersenyum.
“ eh, kamu Aiman. Maaf, tak perasan tadi” ujar Pak Haji.
“ Pak Haji buat apa kat sini? Bukan rumah Pak Haji kat Taman Melati ke?” soal Aiman. Bagaimana pula lelaki itu boleh berada di kawasan perumahannya. Tiba-tiba riak wajah lelaki itu berubah.
“ pak cik dari hospital” jawabnya ringkas. Aiman memandang wjah lelaki itu.
“ siapa yang sakit pakcik?” soal Aiman sengaja ingin tahu.
“ hidayah” jawab Pak Haji ringkas. Namun jawapan itu benar-benar menyentakkan hatinya.
“ sakit ap pakcik?” soal Aiman. Pak Haji duduk di tangga. Aiman mengikutinya.
“ pakcik pun tak tahu. Dua hri lepas, sewaktu baru balik dari kerja, tiba-tiba dia pingsan. Sampai sekarang masih koma di hospital. Pihak hospital pun tak tahu apa penyakitnya” jawab Pak Haji.
Aiman hanya diam. Dalam hatinya berharap tiada apa yang berlaku kepada gadis itu.
“ pak cik, boleh saya nak pergi melawat dia?” soal Aiman. Pak Haji memandang Aiman dari atas ke bawah.
“ boleh, tapi kenapa?” soal Pak Haji. Aiman menunduk. Jantungnya berdegup laju.
DAUN pintu ditolak. Serta-merta suhu sejuk yang dibawa oleh pendingin hawa menergah tubuhnya. Aiman membontoti Pak Haji masuk ke dalam ruangan pesakit.
Kelihatan Hidayah terbaring diam di atas katil. Beberap tiub kecil menjalar di tangannya. Kelihatan Mak Haji sedang duduk di samping Hidayah sambil membacakan surah Yaasin.
Aiman dipersilakan untuk duduk. Aiman duduk di samping Hidayah. Rasa pilu menerjah hatinya ketika riak manis gadis itu hilang serta merta dari wajahny yang kusam dan pucat.
Aiman menangis. Naluri hatinya disentuh.
“ Pak Haji..” dia memanggil lelaki itu dengan perlahan. Pak Haji mendekati Aiman.
“ saya nak kahwin dengan Hidayah” ujarnya ringks. Namun betul-betul memeranjatkan lelaki yng sudah agak berumur itu.
“ kamu yakin ke Aiman?” soal lelaki tua itu lagi.
“ Pakcik. Saya tak dapat nak kahwini dia waktu sedarnya, tapi izinkan saya untuk menjadi suami dia dalam komanya. Saya nak jaga dia. Sebab itu janji saya dari pertama kali saya jumpa dia” jelas Aiman bersungguh-sungguh. Air matanya mengalir.
“ saya mungkin tak dapat sediakan hantaran yang mahal untuk Hidayah, tapi.. Saya cuma nak jaga dia saja” ujar Aiman. Matanya masih menatap Hidayah.
Pak Haji menangis. Mak Haji juga menangis.
“ kami tak mungkin menolak permintaan kamu Aiman” ujar Pak Haji. Aiman bersyukur. Dia menyalami tangan Pak Haji.
Malam itu, akad nikah berlansung hanya melibatkan Aiman, Pak Haji sebagai wali, Mak Haji dan beberapa orang masjid yang dipanggil sebagai saksi. Usai akad, Aiman mendekati Hidayah. Sekali lagi dia menangis, namun kali ini dia dapat menggenggam tangan gadis itu.
“ nak, ambil ni” Mak Haji mencabut sebentuk cincin yang dipakainya dan diberikan kepada Aiman.
“ sarungkan ke jarinya sebagai tanda” Aiman mencapainya lalu disarungkan ke jari gadis itu.
“ Aiman, mak dan abah nak balik ke rumah memandangkan dah lewat. Kamu baliklah dulu. Esok kamu kena kerja” ujar Pak Haji.
“ tak apalah abah. Saya nak tinggal kat sini. Biar saya tengok-tengokkan Hidayah” ujarnya. Pak Haji mengangguk. Lalu meninggalkannya.
Aiman terus menatap wajah Hidayah. Jika sebelum ini, wajah riang itu sering mewarnai hatinya, namun kini, semuanya hilang.
“ Hidayah..” tangan gadis itu digenggam.
“ bangunlah.. Sedarlah.. Abang rindukan Hidayah yang dulu” tersekat-sekat suaranya memujuk Hidayah. Entah didengari atau tidak. Namun dia yakin, Hidayah mendengarnya.
USAI menunaika solat subuh, Aiman duduk di samping Hidayah lalu membaca alquran. Dia berharap, Hidayah dapat mendengar suaranya.
“ Hidayah, abang tinggal dulu ya. Abang kena pergi kerja. Nanti, emak dan abah datang untuk jaga Hidayah” dia mengusap kepala Hidayah yang ditutupi tudung. Setelah mengucupi dahi gadis itu, dia bangun dan meninggalkan gadis itu.
“ Aiman, nak pergi kerja dah?” soal Pak Haji.
Aiman senyum. “ iya abah” jawab Aiman. Pak Haji mengangguk dan tersenyum. Dia menepuk bahu Aiman.
“ abah berterima kasih sangat pada kamu sebab masih mahu berkahwin dengan Hidayah” ujar Pak Haji.
“ abah, saya sukakan Hidayah sejak awal lagi. Cumanya, saya segan. Yalah, saya cuma penjual ayam. Saya tak berpelajaran macam Hidayah” ujar Aiman. Pak Haji menggeleng.
“ Hidayah tak pernah pandang orang dengan pandangan yang berbea. Abah yakin, Hidayah boleh terima kamu” ujar Pak Haji. Aiman mengangguk.
SEMINGGU berlalu. Namun Hidayah masih lagi tidak sedarkan diri. Namun, Aiman tak pernah jemu berdoa dan berbicara dengannya.
“ Hidayah, emak dan abah tunggu Hidayah. Abang pun tunggu Hidayah. Hidayah bangunlah ya” lembut dia berbisik di telingan Hidayah. Tangannya erat menggenggam tangan Hidayah.
Tiba-tiba dapat dirasakan gerakan pada jari jemarinya. Aiman tersentak. Dia memerhatikan jari Hidayah.
“ Hidayah nak bangun ke? Bangunlah ya. Hidayah dengar abang kan” pujuk Aiman lagi. Gerakan tangan Hidayah mula dapat dirasakan dengan kuat. Aiman tersenyum. Dia berlari keluar untuk memanggil doktor.
Beberapa tika, doktor dan jururawat memenuhi ruang di dalam bilik sederhana besar itu. Aiman hanya menanti di luar bersama emak dan abah. Sejurus kemudia, doktor keluar.
“ macam mana doktor? Soal Pak Haji.
“ alhamdulillah, ada perubahan positif terhadap Hidayah. Mungkin dalam masa dua tiga hari ni dia akan sedar. Kita banyakkan berdoa ya” ujar doktor itu.
Aiman sujud syukur. Air mata mengalir membasahi pipinya. Dia bangun dan masuk ke dalam bilik. Lalu mendapati Hidayah.
“ assalamualaikum Hidayah. Hidayah dengar abang kan..” tangan Hidayah digenggam erat. Air matanya masih terus mengalir. Ucapan syukur terus bermain dalam hatinya.
“ terima kasih, Hidayah. Sebab Hidayah nak bangun. Abang janji, abang akan jaga Hidayah sampai Hidayah sedar” dia mengucup dahi Hidayah. Air matanya menitis dan mengenai dahi gadis itu.
“ abang nak keluar. Nak solat dulu. Nanti abang datang balik jumpa Hidayah ya” Aiman bangun dan meninggalkan Hidayah sendiri.
Di surau, suaranya mendayu mengucap syukur ke hadrat Ilahi. Air matanya deras berlari menuruni pipinya. Janggut nipisnya mula basah. Bibirnya tak henti-henti berzikir dan bertahmid. Kurniaan Allah yang sangat besar baginya. Usai berdoa, dia duduk termangu.
“ adakah Hidayah dapat terima kehadiranku?” soalnya sendiri. Dia memandang kalimah Allah yang tergantung pada dinding.
“ Hidayah seorang yang sangat solehah. Dia layak untuk mendapatkan suami yang lebih baik dari aku. Yang lebih sekufu dengannya” bisik hati kecilnya.
“ astaghfirullah” dia meraup wajahnya. Lintasan dan hasutan menarinari dalam benaknya. Dia segera melipat sejadah, rasa rindu untuk bertemu dengan Hidayah mula bertamu.
Ketika beberapa langkah mendekati pintu bilik Hidayah, kedengaran suara emak yang sangat ceria. Dia mempercepatkan langkah. Dan terhenti di pintu. Dia tersenyum.
Hidayah dah sedar. Alhamdulillah. Sekali lagi dia mengucap syukur.
Kakinya ingin melangkah, namun... Terhenti.
“ biarlah dia bersama keluarga dia dulu” Aiman berundur. Rasaya ingin saja dia mendapatkan gadis itu dan memeluknya seerat mungkin. Tapi.. Takut terkejut pula dia nanti..
Aiman menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menaip sesuatu, lalu beredear pergi.
PAGI itu seperti biasa, dia menjual ayam di pasar. Seminggu berlalu setelah Hidayah sedar dari komanya. Dia tak lagi berjumpa dengan gadis itu. Rasa takut dan malu menguasai hatinya.
“ woi Man! Termenung je” Roslan menepuk dari belakang.
“ eh kau. Mana ada” sangkahnya.
“ kau teringatkan Hidayah? Sampai bila kau nak lari dari dia? Dia isteri kau yang sah” pujuk Roslan.
“ aku malu Lan. Tak mungkin dia terima aku. Kat luar sana, ramai lagi lelaki yang sesuai untuk dia” Aiman mendengus.
“ jaga Man. Dia dah jadi bini kau. Aku tak fikir yang dia akan tolak kau. Kau sanggup kahwin dengan dia waktu dia koma. Kau jaga dia bro. Apa lagi yang dia nak? Kau dah cukup baik untuk dia” ujar Roslan.
Dia termenung. Mungkin betul. Tapi hakikatnya, dia yang terhegeh-hegeh untuk berkahwin dengan gadis itu.
“ bang, ayam dua ekor” tiba-tiba satu suara menyaa telinganya. Mereka berdua menoleh. Hidayah hadir dengan senyuman seperti biasa.
“ oh, iya” Aiman gugup lalu bangun.
“ lama tak nampak dik?” Roslan beramah. Dia faaham situasi Aiman.
“ tak sihat sangat bang. Jadi tak dapat datang” jawab Hidayah masih seperti biasa.
Saat ayam dan wang bertukar tangan. Matanya terpandang cincin yang masih tersarung pada jari gadis itu.
“ cantik cincin” entah kenapa bibirnya menuturkan itu. Lantas dia menyesal.
Hidayah tersenyum.
“ emak bagi, bang. Entahlah. Emak bagi saya pakai. Katanya jangan dibuka. Jadi saya pakailah” bergetar jantungnya saat mendengar jawapan itu.
Pak Haji benar-benar mengikuti apa yang diingininya, agar hubungannya dan Hidayah drahsiakan.
“ saya balik dulu ya bang. Assalamualaikum” ujar Hidayah lalu berlalu. Aiman terkedu. Nafasnya tersekat.
“ bro, aku nak half day hari ni” ujarnya pd Roslan.
“ tak apa bro. Kau baliklah. Aku faham keadaan kau” ujar Roslan.
Apron kuning dibuka lalu dia meninggalkan kedai dan memecut motorsikalnya pulang ke rumah.
Tikar sejadah masih terbenatng di hadapannya. Dan dia masih termangu di atas sejadah.
“ adakah aku perlu menceraikannya?” soalan itu bermain dalam benaknya. Dia menggeleng. Rasa sayang sangat menebal dalam hatinya terhadap gadis itu.
“ Hidayah tak akan pernah menyangka, bahawa aku, suaminya” dia bermonolog sendiri. Teringat bagaimana riangnya wajah Hidayah ketika hadir di kedainya pagi tadi.
“ adakah keriangan itu akan kekal dipmerkan, jika dia tahu aku suaminya?” soal Aiman sendiri.
“ aku dah janji untuk jaga dia sampai dia sedar. Dan sekarang dia dah sedar” satu suara terbit lagi.
“ biarlah aku hanya menjadi suami saat dia koma” satu lagi suara menyambung. Aiman termenung. Apa yang harus dia lakukan?.
MALAM itu, usai solat. Dia melangkah keluar dari masjid lalu menyarung selipar yang dibuka di hadapan tangga. Ketika ingin berpusing, langkahnya hampir tersasar apabila terlanggar seorang wanita.
“ maafkan saya cik” ujarnya. Gadis yang sedikit terundur itu mendongak memandangya.
“ tak apa. Maaf juga” ujar gadis itu. “ eh, abang Aiman” ujar gadis itu. Aiman terkedu. Kenapa setiap tempat, gadis itu perlu muncul?
“ Hidayah” nama itu terpancul di bibirnya. Hidayah tersenyum.
“ Hidayah datang dengan siapa?” soal Aiman.
“ abah dengan emak” jawab Hidayah. Aiman pusing ke belakang untuk melihat-lihat kalau-kalau Pak Haji masih ada di dalam masjid.
“ abah dah masuk kereta” ujar Hidayah.
“ Hidayah buat apa kat sini?” soal Aiman.
“ oh, tadi singgah rumah kawan abah, Haji Rahman. Dia kan baru balik umrah” ujar Hidayah. Aiman mengangguk.
“ hah, tu anak dia” sepintas Hidayah menunding ke arah seorang lelaki dewasa yang sedang menaiki motor. Aiman turut menoleh.
“ dah lama kenal anak dia?” soal Aiman. Hidayah senyum.
“ sejak kecil kenal dia. Sebab abah dengan Haji Rahman memang rapat sangat” ujar Hidayah. Aiman tunduk. Sedar kedudukannya.
“ oh ya. Ni dah jumpa abang kat sini. Abah ada pesan suruh bagi abang surat ni. Tapi tak tahulah surat apa” ujar Hidayah lalu menghulurkan sepucuk surat.
Aiman menyambutnya.
“ saya balik dulu ya. Assalamualaikum” ujar Hidayah lalu berlalu pergi. Aiman hanya menghantarnya dengan lirikan mata.
ASSALAMUALAIKUM, nak Aiman. Abah minta maaf mengganggu kamu. Kenapa kamu merahsiakan identiti kamu daripada Hidayah? Kau tak perlu risau, abah yakin, Hidayah dapat menerima kamu apa adanya.
Nak Aiman, abah dah semakin tua. Untuk memberikan Syurga kepada Hidayah, abah tak mampu. Tapi abah hanya mampu memberikannya suami yang soleh agar dapat membimbingnya ke syurga.
Abah tak pernah sangsi menerima kamu sebagai suami bagi Hidayah, kerana abah kenal kamu, dan abah yakin kamu orang yang layak.
Kamu fikirlah sebaik-baiknya. Dan jangan pernah berfikir untuk meninggalkan Hidayah, kerana dia sangat memerlukan kamu.
Datanglah ke rumah abah, jika kamu dah sedia.
Surat ringkas dari abah dilipat. Dia kembali termenung.
“ Aiman, kau kena jelaskan semuanya pada Hidayah. Samada dia terima atau tak, itu perkara kedua” akhirnya dia membuat keputusan.
HIDAYAH siap-siap mengenakan pakaian yang cantik apabila abah memberitahu seseorang akan datang ke rumah. Hidayah adalah orang yang paling gembira mendengar perkhabaran itu.
Emak hanya tersenyum melihat tingkah Hidayah. Sekian lama gadis itu bersabar dan menanti.
Kedengaran telefon bimbit abah berdering. Dan abah menjawabnya. Hidayah tersenyum.
Mesti orang tersebut sudah semakin hampir. Bisiknya.
“ Hidayah!” abah memanggil. Kasar suaranya. Gesa dengarnya. Hidayah terkejut. Segera dia berlari ke ruang tamu.
“ kita ke hospital..” ujar abah. Dia terdiam.
AIR mata terus mengalir. Dia menanti dan menanti biarpun Aiman masih dirawat setelah hampir dua jam di dalam unit rawatan rapi.
“ Aiman kemalangan” berita yang disampaikan abah tadi benar-benar mencabut jantungnya. Dia terjelopok jatuh. Tak mampu berfikir apa-apa.
“ Hidayah, banyakkan doa untuk Aiman ya” pujuk emak. Kasihan melihat anaknya. Kegembiraan gadis itu terhenti dan dibunuh dalam masa yang sangat singkat.
Kelihatan seorang doktor dan beberapa orang jururawat keluar dari satu pintu bilik. Abah segera mendapatkanya. Sementara Hidayah menunggu dn memerhati dengan penuh harapan.
“ alhamdulillah” ucap abah. Lalu menoleh kapada Hidayah dengan senyuman.
“ Hidayah nak masuk jumpa Aiman?” soal abah. Hidayah memandang emak. Lalu berpaling semula kepada abah.
“ nak, abah” jawabnya ringkas.
“ pergilah. Abah dan emak tunggu di luar” ujar abah. Hidayah bangun dan perlahan melangkah masuk ke dalam bilik.
Dari pintu, terlihat Aiman yang berbaring dengan kepala dan kaki yang berbalut. Hampir saja tangisannya tumpah. Namun ditahan.
“ assalamualaikum” ucapnya ketika semakin hampir dengan Aiman. Aiman menoleh. Hanpir terkejut dengan kehadiran Hidayah.
“ waalaikumsalam” jawabnya perlahan. Memerhatikan Hidayah yang duduk di sebelahnya.
“ Hidayah datang sendiri ke?” soal Aiman.
“ tidaklah, dengan emak dan abah. Tapi mereka tunggu di luar dulu. Ada urusan” jawabnya. Aiman diam.
“ dia dah tahu ke? Atau dia memang sengaja melawat” soalnya sendiri.
“ Hidayah dari mana?” soal Aiman. Gadis itu tersenyum. Cuba mengawal tangis.
“ Hidayah dari rumah. Abah minta hantarkan ke hospital untuk lawat abang. Jadi Hidayah ikut sekali. Kalau abang rasa tak selesa, Hidayah boleh keluar dulu” ujar Hidayah. Bersiap-siap mengambil beg tangannya.
“ eh, tak, tak. Abang tak kisah. Terima kasih sebab datang” ujar Aiman. “ dia masih tak tahu” bisiknya sendiri. Lega.
Suasana menjadi sepi. Perlahan, Hidayah memegang tangan Aiman. Lelaki itu terkejut. Ingin ditarik, tetapi pegangan Hidayah lebih kemas dan kuat.
Dia memandang gadis itu. Ternyata dalam sepi, gadis itu menangis.
“ Hidayah..kenapa menangis?” panggilnya perlahan. Mendengarkan soalan itu, tangisannya pecah. Dia mencium tangan Aiman. Air matanya terus mengalir.
“ abang, Hidayah terima abang sebagai suami Hidayah. Tak pernah Hidayah menyesal. Hidayah bersyukur, sebab doa Hidayah dikabulkan Allah” ujar Hidayah dalam tangisnya. Aiman terkejut.
“ Hidayah dah tahu?” soal Aiman.
“ Hidayah dah tahu sejak lama lagi. Sebelum abah bagitahu lagi” ujar Hidayah.
“ macam mana Hidayah tahu?” soal Aiman.
“ kuasa Allah kan besar, bang. Hidayah boleh dengar apa yang abang cakap pada Hidayah waktu Hidayah koma, Hidayah boleh dengar abang ngaji, Hidayah dengar doa-doa abang. Malah, lafaz akad yang abang lafazkan pun Hidayah boleh dengar. Cuma Hidayah tak dapat nak bangun. Hidayah hanya boleh dengar” ujar Hidayah panjang lebar. Aiman tersenyum.
“ alhamdulillah” ucapnya. Memang benar, Allah itu Maha Besar.
“ sekarang, abang tak boleh lari lagi dari Hidayah” ujar Hidayah.
“ kenapa pula?” soal Aiman.
“ yalah, tengok kaki abang tu dah berbalut. Abang tak boleh pergi mana-mana, dan Hidayah akan jaga abang sampai bila-bila” ujar Hidayah sambil tersenyum. Aiman ketawa.
“ iyalah, abang tak lari pergi mana-mana. Abang duduk sini je tunggu Hidayah” jawab Aiman sambil tersenyum. Tangan isterinya dipegang erat. Sebuah senyuman yang sangat manis dihadiahkan buat suaminya.
“ abang bersyukur sangat sebab abang dapat isteri yang baik, solehah dan...” Aiman terhenti. Hidayah menunggu.
“ nakal macam Hidayah” pipi isterinya dicubit. Rasa sakitnya hilang dengan kehadiran Hidayah. Hidayah ketawa.
“ HIDAYAH, boleh abang nak tanya sesuatu?” soal Aiman ketika mereka sedang duduk di taman. Hidayah memandang suaminya.
“ apa maksud Hidayah, Allah kabulkan doa Hidayah dulu?” soal Aiman. Kata-kata Hidayah masih bermain-main dalam benaknya. Hidayah tersenyum.
“ Hidayah dah lama sukakan abang” ujar Hidayah. Bulat mata Aiman mendengar kenyataan Hidayah.
“ macam mana tu?” soal Aiman. Tak sangka, ada yang meminatinya.
“ ingat tak masa first time, Hidayah datang kedai ayam. Masa tu abang pun baru je lagi kat situ” ujar Hidayah, memulakan cerita. Aiman mengingat kembali.
“ ha ah, iya-iya” ujar Aiman.
“ masa tu sebenarnya, Hidayah baru habiskan Master. Lepas tu, malam tu, Hidayah singgah rumah Haji Rahman. Nak jumpa anak dia, sebab kami sama universiti” terang Hidayah lagi. Aiman hanya mendengar.
“ malam tu kan, bilal tak ada....” Hidayah berhenti lagi. Dan kali ini Aiman ketawa.
“ ok. Lepas tu abang ganti bilal malam tu. Ok, maksudnya ni Hidayah jatuh hati kat suara lah ni?” soal Aiman. Hidayah ketawa.
“ abang nak tahu, Hidayah curi-curi selak langsir sikit-sikit sebb nak tengok siapa bilal. Rupa-rupanya, abang” Hidayah ketawa kecil.
“ Ya Allah, nakal rupanya isteri abang ni eh” usik Aiman. Hidayah ketawa.
“ dan sebab tu, waktu Hidayah koma. Hidayah dengar abang baca Al-Quran, Hidayah kenal suara abang” ujar Hidayah. Bibirnya terus menguntum senyum.
“ alhamdulillah, percaturan Allah tu memang sangat indah” ujar Aiman. Hidayah mengangguk.
Comments
Post a Comment