Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah

          Sufi  berteleku di sebalik telekung putih yang menutupi tubuhnya. keadaan di surau benar-benar sunyi. hanya dia di situ bertemankan kipas duduk yang terus berputar. di hadapannya adalah tirai hijau yang memisahkan kawasan pelajar lelaki dan perempuan. begitulah keadaannya tatkala dia menunaikan solat sunat dhuha. surau itu sunyi tidak berpenghuni..
              Sufi melipat telekungnya apabila selesai bermunajat kepada Allah. waktu rehanya berbaki beberapa minit lagi. Tiba-tiba pergerakannya kaku. telinganya menangkap suara yang amat lunak. Melagukan kalam suci yang mulia.
            " suara siapakah itu?" bisik hati kecilnya. Seingatnya hanya dia sendiri di dalam surau itu. Mungkin juga ada pelajar lelaki yang turut sama menunaikan solat sunat Dhuha namun ditutupi oleh tirai di hadapannya.
            " indah suaranya..." bisik hati kecil Sufi yang mula terpesona dengan kelunakan lelaki itu. Dia mendekati tirai yang menghalangi sebahagian surau itu. Tangannya bergerak perlahan-lahan menyelak sedikit tirai tersebut. hatinya benar-benar ingin tahu siapakah gerangan lelaki itu.
   kelihatan seorang pelajar lelaki duduk di satu sudut surau sambil membaca al-quran.
          " Naim..." bibirnya secara spontan menyebut nama teman sekelasnya. dia kembali menutup tirai tersebut. namun suara lelaki itu tidak mempu dihalang dari terus menerpa telinganya.
          " Ya Allah indah sekali suaranya..." Sufi terus memuji. lafaz Subhanallah tidak lekang dari bibirnya. Dia melangkah keluar dari surau itu dengan hati yang ditumbuhi bunga-bunga yang mekar. Dia sendiri tidak mengerti perasaan itu.
                      
                                                           *    *    *    *    *     *

   Suasana di dalam kelas 5 Sains 2 agak riuh sewaktu Ustazah Saadah memulakan sesi pembelajaran Syariah Islamiah bagi tingkatan 5. Ada kalanya kelas itu sepi seperti tidak berpenghuni, namun ada kalanya menjadi riuh apabila beberapa orang pelajar lelaki mula buat kerenah.
       " pesan ustazah untuk pelajar perempuan.." tiba-tiba ustazah Saadah berkata. semua mata tertumpu pada guru muda itu.
   " sekiranya awak meminati seseorang, jangan beritahu padanya, tapi berdoalah kepada Allah agar dia menjadi jodoh awak" kata-kata ustazah itu benar-benar meresap ke dalam hatinya. Dia menunduk.
   " habis ustazah, kalau lelaki?" soal Afie.
   " kalau lelaki tak apalah. tapi jangan nak sakitkan hati perempuan pula" pesan ustazah itu.
   " yes, itulah yang best" seloroh Afie. semua pelajar ketawa. Sufi hanya tersenyum kecil. lirik matanya menyerong kepana Naim yang sedang tertawa.
   " adakah dia Imamku?" soal hati kecil Sufi. Dia terus berdoa dan berharap.
      sejak dari hari itu, saban malam dia akan bangun berqiamullail dan memohon kepada Allah agar diberikan jodoh yang baik dan soleh. fikirannya tidak mampu berhenti menggambarkan wajah Naim yang bersih dan dipenuhi dengan kesolehan.

                                                           *     *     *     *     *

PADA hari itu, semua pelajar tingkatan 5 SMK Pasir Gudang menjadi seram sejuk.Bukan disebabkan suhu bumi yang berkurangan secara mendadak. dan bukan juga disebabkan salji yang turun tiba-tiba di bumi tropika, tetapi disebabkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang telah diumukan.
        Dengan Kuasa dan Kasih sayang Allah, Sufi memperoleh 11A+ dalam SPM. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana titik peluhnya selama ini membuahkan hasil yang berlipat ganda. dia menangis kegembiraan.
       Dia merangkul tubuh guru kelasnya, Ustazah Sarah Wahidah yang tersenyum kepadanya. ucapan tahniah dan syabas diterimanya bertali arus daripada rakan-rakan sekelasnya yang turut mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga Naim, yang hadir dengan baju kemeja batik berwarna biru. Sufi terkedu tatkala lelaki itu mengucapkan tahniah kepadanya.
   " tahniah Sufi! Alhamdulillah anti berjaya" ucap lelaki itu dalam senyumnya.
   " alhamdulillah. Mabruk anta juga berjaya" balas Sufi yang cuba menyelindungkan perasaannya.
   " jadi, apa perancangan anti selepas ini?" soal Naim.
   " in shaa Allah, ana akan melanjutkan pelajaran dalam bidang agama dan perguruan" balas Sufi.
   " oh, ana doakan anti berjaya. selepas ini, ana akan ke Kelantan untuk menyambung pelajaran di sana" jelas Naim. Sufi terkedu. dalam hatinya tersimpan kesedihan yang menebal. suaranya tersekat di kerongkong. namun dia cuba untuk menahannya.
   " ana doakan anta berjaya di sana..." ujarnya. Dia menunduk memandang lantai. air matanya bagai tidak dapat tertahan lagi.
   " ana minta maaf, ana harus pergi dahulu" ujar Sufi lalu meninggalkan lelaki itu. Naim masih tidak dapat membaca riak wajah gadis yang meninggalkannya itu, hanya tersenyum.

                                                     *     *    *     *   *

MALAM semakin pekat menutupi dada langit. kesejukan mula menyengat di tulang. sufi masih berada dalam pakaian solatnya. tangannya luas menadah tangan ke langit. air matanya tidak mampu tertahan lagi.
           " Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui bahawa hati ini menyukainya dan menimpan perasaan terhadap Naim. sekiranya perpisahan telah Engkau takdirkan buat kami, Sufi redha. Sufi terima. Ya Allah, sekiranya dia adalah jodoh Sufi, maka pertemukanlah kami dalam mahabbah cintaMu, namun sekiranya tidak, jangan biarkan hati ini bersedih, dan kirimkan Imam yang mampu membimbingku kepadaMU" doa itu terus meniti di bibirnya.
    
                                                         *     *    *     *     *

KASUT hitam ditanggalkan di pintu masjid Jamek Pasir Gudang. dia melangkah masuk ke dalam ruangan wanita yang agak luas. suasana di dalam masjid itu benar-benar sunyi.
            "waktu dhuha masih berbaki beberapa minit lagi. rasanya masih sempat ni" bisik hati Naim. dia segera mengenakan telekungnya lantas menunaikan solat sunat dhuha. solat sunat yang menjadi sunnah nabi kepada ummatnya yang dicintai.
          usai solat dan berdoa, dia kembali melangkah keluar masjid dan mendekati keretanya. kereta yang diparkirkan tidak jauh dari tempatnya.
        " assalamualaikum" tiba-tiba dia disapa. dia tersentak lantas menoleh. seorang lelaki berwajah bersih, bersongkok hitam dan terdapat sedikit janggut di bawah dagunya.
       " waalaikumsalam" balasnya.
       " anti, Sufi?" soal lelaki itu.
       " iya, ana Sufi. siapa anta?" soal Sufi. dahinya berkerut. wajah itu seakan biasa dalam hidupnya.
       ' subhanallah, ana Naim" jelas lelaki itu.
      " subhanallah, terpancul kalimah itu dari bibirnya. hatinya tidak henti-henti bertasbih.
       " Ya Allah Engkau mempertemukan Sufi kembali dengannya" bisk hati kecil Hafiza. 7 tahun kami terpisah, akhirnya kini engkau membawanya kepadaku. syukran Ya Rabb" bisik hati kecilnya.
   " anti sudah beri jawapan kepada ibu anti?" entah mengapa lelaki itu bertanyakan itu kepadanya.
   " jawapan? jawapan apa?" soal Sufi. dia pulang ke Pasir Gudang adalah kerana menerima panggilan dari ibunya mengatakan bahawa ada orang telah merisiknya.
   " tentang risikan..." jelas Naim.
   " macam mana anta tahu?" soal Sufi.
   " ana harap, anti mendapat jawapan yang terbaik dari Allah samada ingin menerima lamaran ana ataupun tidak" jelas Naim. wajahnya tenang.
   " maksud anta, rombongan yang merisik itu ialah..." Sufi tidak mempu meneruskan kalimahnya. hatinya terus berzikir memuji Ilahi.
   " na'am ukhty. itu lamaran dari ana" jawab Naim sambil tersenyum.
   Sufi menekup mulutnya. air matanya bertakung di kelopak mata.
   " sebenarnya ana meminati anti sejak hari pertama ana masuk ke kelas anti. tapi ana tahu ana masih belum layak untuk anti. jadi ana ingin buktikan bahawa ana mampu menjadi seorang lelaki dan Imam yang sempurna buat anti" jelas Naim. Sufi hanya menunduk merenung kasutnya.

   " Ya Allah, terima kasih..." bisik hati kecil Sufi



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerita Sedih

kEkuaTaN USaH DitUnGGu