Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah
Sufi berteleku di sebalik telekung putih
yang menutupi tubuhnya. keadaan di surau benar-benar sunyi. hanya dia di situ
bertemankan kipas duduk yang terus berputar. di hadapannya adalah tirai hijau
yang memisahkan kawasan pelajar lelaki dan perempuan. begitulah keadaannya
tatkala dia menunaikan solat sunat dhuha. surau itu sunyi tidak berpenghuni..
Sufi melipat telekungnya apabila selesai bermunajat kepada Allah.
waktu rehanya berbaki beberapa minit lagi. Tiba-tiba pergerakannya kaku.
telinganya menangkap suara yang amat lunak. Melagukan kalam suci yang mulia.
" suara siapakah itu?" bisik hati kecilnya. Seingatnya hanya
dia sendiri di dalam surau itu. Mungkin juga ada pelajar lelaki yang turut sama
menunaikan solat sunat Dhuha namun ditutupi oleh tirai di hadapannya.
" indah suaranya..." bisik hati kecil Sufi yang mula
terpesona dengan kelunakan lelaki itu. Dia mendekati tirai yang menghalangi
sebahagian surau itu. Tangannya bergerak perlahan-lahan menyelak sedikit tirai
tersebut. hatinya benar-benar ingin tahu siapakah gerangan lelaki itu.
kelihatan seorang pelajar lelaki duduk di satu sudut surau sambil
membaca al-quran.
" Naim..." bibirnya secara spontan menyebut nama teman
sekelasnya. dia kembali menutup tirai tersebut. namun suara lelaki itu tidak
mempu dihalang dari terus menerpa telinganya.
" Ya Allah indah sekali suaranya..." Sufi terus memuji.
lafaz Subhanallah tidak lekang dari bibirnya. Dia melangkah keluar dari surau
itu dengan hati yang ditumbuhi bunga-bunga yang mekar. Dia sendiri tidak
mengerti perasaan itu.
* * * * * *
Suasana di dalam kelas 5 Sains 2 agak riuh sewaktu Ustazah Saadah
memulakan sesi pembelajaran Syariah Islamiah bagi tingkatan 5. Ada kalanya
kelas itu sepi seperti tidak berpenghuni, namun ada kalanya menjadi riuh
apabila beberapa orang pelajar lelaki mula buat kerenah.
" pesan ustazah untuk pelajar perempuan.." tiba-tiba ustazah
Saadah berkata. semua mata tertumpu pada guru muda itu.
" sekiranya awak meminati seseorang, jangan beritahu padanya, tapi
berdoalah kepada Allah agar dia menjadi jodoh awak" kata-kata ustazah itu
benar-benar meresap ke dalam hatinya. Dia menunduk.
" habis ustazah, kalau lelaki?" soal Afie.
" kalau lelaki tak apalah. tapi jangan nak sakitkan hati perempuan
pula" pesan ustazah itu.
" yes, itulah yang best" seloroh Afie. semua pelajar ketawa.
Sufi hanya tersenyum kecil. lirik matanya menyerong kepana Naim yang sedang
tertawa.
" adakah dia Imamku?" soal hati kecil Sufi. Dia terus berdoa
dan berharap.
sejak dari hari itu, saban malam dia akan bangun berqiamullail dan
memohon kepada Allah agar diberikan jodoh yang baik dan soleh. fikirannya tidak
mampu berhenti menggambarkan wajah Naim yang bersih dan dipenuhi dengan
kesolehan.
* * * * *
PADA hari itu, semua pelajar tingkatan 5
SMK Pasir Gudang menjadi seram sejuk.Bukan disebabkan suhu bumi yang
berkurangan secara mendadak. dan bukan juga disebabkan salji yang turun
tiba-tiba di bumi tropika, tetapi disebabkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
yang telah diumukan.
Dengan Kuasa dan Kasih sayang Allah, Sufi memperoleh 11A+ dalam SPM.
Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana titik peluhnya selama ini membuahkan hasil
yang berlipat ganda. dia menangis kegembiraan.
Dia merangkul tubuh guru kelasnya, Ustazah Sarah Wahidah yang tersenyum
kepadanya. ucapan tahniah dan syabas diterimanya bertali arus daripada
rakan-rakan sekelasnya yang turut mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu
juga Naim, yang hadir dengan baju kemeja batik berwarna biru. Sufi terkedu
tatkala lelaki itu mengucapkan tahniah kepadanya.
" tahniah Sufi! Alhamdulillah anti berjaya" ucap lelaki itu
dalam senyumnya.
" alhamdulillah. Mabruk anta juga berjaya" balas Sufi yang
cuba menyelindungkan perasaannya.
" jadi, apa perancangan anti selepas ini?" soal Naim.
" in shaa Allah, ana akan melanjutkan pelajaran dalam bidang agama
dan perguruan" balas Sufi.
" oh, ana doakan anti berjaya. selepas ini, ana akan ke Kelantan untuk menyambung pelajaran di sana" jelas Naim. Sufi terkedu. dalam hatinya
tersimpan kesedihan yang menebal. suaranya tersekat di kerongkong. namun dia
cuba untuk menahannya.
" ana doakan anta berjaya di sana..." ujarnya. Dia menunduk
memandang lantai. air matanya bagai tidak dapat tertahan lagi.
" ana minta maaf, ana harus pergi dahulu" ujar Sufi lalu
meninggalkan lelaki itu. Naim masih tidak dapat membaca riak wajah gadis yang
meninggalkannya itu, hanya tersenyum.
* * * * *
MALAM semakin pekat menutupi dada langit.
kesejukan mula menyengat di tulang. sufi masih berada dalam pakaian solatnya.
tangannya luas menadah tangan ke langit. air matanya tidak mampu tertahan lagi.
" Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui bahawa hati ini
menyukainya dan menimpan perasaan terhadap Naim. sekiranya perpisahan telah
Engkau takdirkan buat kami, Sufi redha. Sufi terima. Ya Allah, sekiranya dia
adalah jodoh Sufi, maka pertemukanlah kami dalam mahabbah cintaMu, namun
sekiranya tidak, jangan biarkan hati ini bersedih, dan kirimkan Imam yang mampu
membimbingku kepadaMU" doa itu terus meniti di bibirnya.
* * * * *
KASUT hitam ditanggalkan di pintu masjid
Jamek Pasir Gudang. dia melangkah masuk ke dalam ruangan wanita yang agak luas.
suasana di dalam masjid itu benar-benar sunyi.
"waktu dhuha masih berbaki beberapa minit lagi. rasanya masih
sempat ni" bisik hati Naim. dia segera mengenakan telekungnya lantas
menunaikan solat sunat dhuha. solat sunat yang menjadi sunnah nabi kepada
ummatnya yang dicintai.
usai solat dan berdoa, dia kembali melangkah keluar masjid dan mendekati
keretanya. kereta yang diparkirkan tidak jauh dari tempatnya.
" assalamualaikum" tiba-tiba dia disapa. dia tersentak lantas
menoleh. seorang lelaki berwajah bersih, bersongkok hitam dan terdapat sedikit
janggut di bawah dagunya.
" waalaikumsalam" balasnya.
" anti, Sufi?" soal lelaki itu.
" iya, ana Sufi. siapa anta?" soal Sufi. dahinya berkerut.
wajah itu seakan biasa dalam hidupnya.
'
subhanallah, ana Naim" jelas lelaki itu.
" subhanallah, terpancul kalimah itu dari bibirnya. hatinya tidak
henti-henti bertasbih.
" Ya Allah Engkau mempertemukan Sufi kembali dengannya" bisk
hati kecil Hafiza. 7 tahun kami terpisah, akhirnya kini engkau membawanya
kepadaku. syukran Ya Rabb" bisik hati kecilnya.
" anti sudah beri jawapan kepada ibu anti?" entah mengapa
lelaki itu bertanyakan itu kepadanya.
" jawapan? jawapan apa?" soal Sufi. dia pulang ke Pasir
Gudang adalah kerana menerima panggilan dari ibunya mengatakan bahawa ada orang
telah merisiknya.
" tentang risikan..." jelas Naim.
" macam mana anta tahu?" soal Sufi.
" ana harap, anti mendapat jawapan yang terbaik dari Allah samada
ingin menerima lamaran ana ataupun tidak" jelas Naim. wajahnya tenang.
" maksud anta, rombongan yang merisik itu ialah..." Sufi tidak mempu meneruskan kalimahnya. hatinya terus berzikir memuji Ilahi.
" na'am ukhty. itu lamaran dari ana" jawab Naim sambil
tersenyum.
Sufi menekup mulutnya. air matanya bertakung di kelopak mata.
" sebenarnya ana meminati anti sejak hari pertama ana masuk ke
kelas anti. tapi ana tahu ana masih belum layak untuk anti. jadi ana ingin
buktikan bahawa ana mampu menjadi seorang lelaki dan Imam yang sempurna buat
anti" jelas Naim. Sufi hanya menunduk merenung kasutnya.
salam..apa tajuk cerpen ni?
ReplyDeletetajuknya Doaku Agar Dia Imamku
ReplyDelete