CINTA INI


Image result for hati

Setelah kisah itu,
aku menjadi takut untuk menerima cinta dalam hidupku
aku serik
aku lelah
aku takut dilukai sekali lagi

Tapi
kau hadir mengisi hariku
sikapmu membuatkan aku terhibur
dungumu membuatkan aku sering tertawa
walau ada masanya
nakalmu membuatkan aku terasa
kau tetap melengkapi hariku

pada masa..
kau mengatakan
kau ingin aku menjadi isterimu,
aku kaku dan terdiam
langkahku semata terhenti
adakah kau tahu bagaimana perasaanku waktu itu?

pada masa..
kau bertemu orang tuaku
aku tersenyum
nyata kau tak main-main dengan katamu
aku tahu kau takut
aku tahu kau gemuruh
tapi kau tetap gagahkan jua

pada masa..
abah memujimu
emak selalu menyebut namamu
hatiku berbunga
hanya Tuhan yang tahu
apa perasaanku

kau tabah melayan kerenahku
melayani cemburu butaku
menelan marahku
membujuk sedihku

pada masa..
kau membawaku kepada orang tuamu
aku gugup
agak takut
tapi kau tak tinggalkan aku
walaupun kau tahu aku boleh sendiri
aku senyum
kerana kau ada

aku tahu
coretan ini akan terbenam dan terdiam di sini
biarlah,
kerana masih banyak coretan yang kusimpan
agar suatu hari nanti,
aku bisa menceritakannya kepadamu
atau..
masa yang membawa kau padanya

Comments

Popular posts from this blog

PESANAN SYEIKH AHMAD YASIN

HATI KITA

La Baksa Ya Allah