Posts

Showing posts from May, 2017

CINTA INI

Image
Setelah kisah itu, aku menjadi takut untuk menerima cinta dalam hidupku aku serik aku lelah aku takut dilukai sekali lagi Tapi kau hadir mengisi hariku sikapmu membuatkan aku terhibur dungumu membuatkan aku sering tertawa walau ada masanya nakalmu membuatkan aku terasa kau tetap melengkapi hariku pada masa.. kau mengatakan kau ingin aku menjadi isterimu, aku kaku dan terdiam langkahku semata terhenti adakah kau tahu bagaimana perasaanku waktu itu? pada masa.. kau bertemu orang tuaku aku tersenyum nyata kau tak main-main dengan katamu aku tahu kau takut aku tahu kau gemuruh tapi kau tetap gagahkan jua pada masa.. abah memujimu emak selalu menyebut namamu hatiku berbunga hanya Tuhan yang tahu apa perasaanku kau tabah melayan kerenahku melayani cemburu butaku menelan marahku membujuk sedihku pada masa.. kau membawaku kepada orang tuamu aku gugup agak takut tapi kau tak tinggalkan aku walaupun kau tahu aku boleh sendiri aku senyum kerana ...