Pemergian Tuan Guru Haron Din


Image result for tg haron din

15 September 2016,
hati aku dikuli kesedihan yang melampau-lampau. sehinggakan, mataku yang dah lama kering, dengan mudah disimbahi air mata.
suram, muram suasana malam itu,
dan aku terasa mudah untuk melakukan setiap amal ibadat,

16 September 2016
Hari jumaat membawa kepada hari cuti persekolahan. dan aku membuka Facebook seperti biasa. untuk mengetahui perkembangan semasa. agak terkejut apabila mendapat berita bahawa Tuan Guru Haron Din teah pun meninggal dunia. tapi, aku segera mendapatkan kesahihannya. aku bersyukur apabila dikatakan TG belum meninggal namun masih kritikal di hospital. Tatkala memandu, aku memanjatkan doa agar TG disembuhkan.

namun....
tepat jam 10.45 pagi, aku mendapat mesej viral dari seorang teman yang mengatakan TG telah pun pergi pada jam 10.10 pagi. Allahu.. aku cuba mendapatkan kepastian lagi.
hatiku pilu, terasa sedih mencengkam seluruh perasaanku. TG sememangnya telah pergi..
aku menangis,
kuseka air mataku,
siapa dia padaku?
bukan ayahku,
bukan saudara sedarahku,
bukan juga datukku,
lantas kenapa aku menangis??

TG Haron Din adalah satu permata dalam agama,
biarpun orang mencacinya
biarpun orang mengutuknya,
janji Allah itu tetap benar,
orang yang menegakkan jalanNya akan disayangi dan dicintai oleh penduduk langit dan bumi,
nah!
itulah alasannya

serta merta,
aku teringatkan kisahnya bertemu baginda SAW.
ALLAH..
beruntungnya dikau ayahanda,
kau mencintai dan dicintai baginda tatkala hidupmu
lantas kau pergi,
meninggalkan dunia yang sementara ini
dan bertemu dengan kekasih abadimu
di alam sana

betapa aku cemburu
betapa aku iri,

ayahanda
rehatlah di sana
tenanglah dikau tanpa cakaran duniawi lagi
tenanglah dikau
tanpa perlu memikirkan urusan mu di atas dunia ini
salamku buatmu, ayahanda

Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah

Cerita Sedih

kEkuaTaN USaH DitUnGGu