Pemergian Tuan Guru Haron Din
15 September 2016, hati aku dikuli kesedihan yang melampau-lampau. sehinggakan, mataku yang dah lama kering, dengan mudah disimbahi air mata. suram, muram suasana malam itu, dan aku terasa mudah untuk melakukan setiap amal ibadat, 16 September 2016 Hari jumaat membawa kepada hari cuti persekolahan. dan aku membuka Facebook seperti biasa. untuk mengetahui perkembangan semasa. agak terkejut apabila mendapat berita bahawa Tuan Guru Haron Din teah pun meninggal dunia. tapi, aku segera mendapatkan kesahihannya. aku bersyukur apabila dikatakan TG belum meninggal namun masih kritikal di hospital. Tatkala memandu, aku memanjatkan doa agar TG disembuhkan. namun.... tepat jam 10.45 pagi, aku mendapat mesej viral dari seorang teman yang mengatakan TG telah pun pergi pada jam 10.10 pagi. Allahu.. aku cuba mendapatkan kepastian lagi. hatiku pilu, terasa sedih mencengkam seluruh perasaanku. TG sememangnya telah pergi.. aku menangis, kuseka air mataku, siapa dia padaku? bukan ayahku...