Posts

Showing posts from 2016

Mana Muslimah?????

bismillah. assalamualaikum semua. Alhamdulillah, setelah bertahun lamanya ( agak2 jelah) membiarkan blog ini bersawang dan digigt anai-anai, akhirnya kak jah kembali menulis. bukan sebab apa.. nak tulis panjang2 kat Facebook tu, bukan ada yang nak baca.. jadi kalau tulis kat sini.. hmmm ( ada ke yang baca? haih, tawakal jelah) harapny ada yang nak baca.. siang tadi, kak jah sampai kelas awal ( macam biasa). kak jah malas nak duduk dalam kelas, walaupun ada air cond, tapi tetap panas ( it was the condition of my body after walking under the sun). jadi kak jah ambil keputusan untuk duduk luar, sebab ada angin kat luar. kak jah belilah air tin. duduk kat meja yang ada kat tepi koridor tu, sambil tu kak jah perhatikan orang yang lalu lalang.. TUP! entah satu perasan menyusup masuk dalam hati ni.. sedih je... kak jah dok usha semua yang lalu ( perempuan je k) .. mashaAllah, hati kak jah mula terdetik.. di mana muslimah?? sekali lagi kak jah bertanya.. di mana muslimah? m...

CINTA RASUL

Image
Diceritakan daripada Saidatina Aishah r.a,  pada satu hari, saidatina asihah r.a melihat rasulullah saw berada dalam keadaan yang sangat gembira. lantas saidatina aisyah mengambil peluang ini lalu berkata " wahai Rasulullah, doakanlah aku"  lantas rasulullah berkata,  " Ya Allah, ampunilah Aisya" "Ampunilah Aisyah, dosa-dosanya yang lalu, dosa-dosanya yang akan datang, yang dilakukan secara terang-terangan, atau yang dilakukan secara tersembunyi" mendengarkan doa itu, saidatina aisyah berasa sangat gembira dan ingin ketawa. lantas rasulullah bertanya " wahai aisyah, adakah engkau gembira?"  saidatina aisyah menjawab, " wahai rasulullah, bagaimana mungkin aku tidak merasa gembira dengan doa seperti itu?"  Lalu rasulullah berkata, " Demi Allah! inilah doaku untuk ummat-ummatku pada setiap waktu solatku" Menangislah duhai sahabat menangislah duhai taulan dalam hari-harimu, bilaka...

MULA JATUH

ALLAH, saat ini aku menangis, saat ini aku merintih, ya Allah aku terduduk, aku terjelopok jatuh, tak mampu rasanya untuk berdiri Ya Allah, Aku termangu apa yang harus aku lakukan? apa? bagaimana? aku buntu aku keliru Allah, Engkau lebih tahu apa yang aku perlu maka lengkapkanlah aku dengannya Engkau tahu apa yang menjatuhkanku maka jauhkanlah aku darinya Ya Allah, aku tak mampu lagi untuk terus menangis jadikanlah aku wanita muslimah mukminah dan mujahidah yang tak pernah mengalah di jalanMu kumohon JANGAN BIARKAN AKU TERJATUH

TENTAG AWAK

Kadang-kadang awak ni... menjengkelkan kadang-kadang awak ni... susah nak diatur.. susah nak faham awak susah nak baca fikiran awak awak ni.. banyak cekadak banyak songeh nya awak je yang nak menang tapi.. saya tak kisah.. saya terima awak seadanya.. saya mula teringat, saat awak kata awak nak kahwin dengan saya. saya gugup, kahwin! awak bukan cakap awak suka saya, awak bukan cakap awak nak kenal rapat dengan saya, tapi awak cakap, awak nak kahwin dengan saya.. awak ni pelik! saya ingat lagi, waktu awak jumpa emak dan ayah saya, sengaja saya biarkan awak dengan abah, sengaja saya tak nak masuk campur, biar awak berdikari, tapi bila ada masa awak pandang saya, mengharapkan saya bantu awak, saya kalih pandangan haaa padan muka awak.. gatal sangat nak kahwin dengan saya, tapi kan awak.. saya kesian kan awak. awak, waktu abah cakap abah suka dengan sikap awak, awak rajin belajar, awak hormat orang tua, hati saya berbunga-bunga sangat, saya ta...

HIDUPKAN TARBIYAH DI UNIVERSITI

Bismillilahirrahmaniirahim. Alhamdulillah. Rasanya masih belum terlambat lagi kan kalau Kak Jah nak ucapkan tahiah buat semua adik-adik yang baru saja melanjutkan pelajaran ke universiti. Tempat di mana semua orang nak masuk ke dalamnya. Rasanya, kalau dah masuk U ni,. Boleh dikatakan sebagai melangkah sebelah kaki ke dalam alam kejayaan. betul tak? tapi tak semua tahu bagaimana susahnya hidup di alam universiti. Kak Jah cakap susah, bukanlah merujuk pada susahnya subjek yang adik2 semua ambil. Tapi susahnya kita nak membawa diri, kalau platform awal-awal masa masuk Universiti ni kita dah salah pilih. Platform? mesti korang tertanya-tanya kan, platform apa yang akak  maksudkan. ok, akak akn start bercerita. akak dah setahun lebih masuk universiti ni. mungkin korang fikir, pengalaman akak tak banyak lagi, tapi, apa yang akak hadapi selama setahun ni dah berikan pada akak banyak sangat pengalam manis dan pahit. Jadual kat univerisiti dan pack macam kat sekolah/asasi/matri...

Pemergian Tuan Guru Haron Din

Image
15 September 2016, hati aku dikuli kesedihan yang melampau-lampau. sehinggakan, mataku yang dah lama kering, dengan mudah disimbahi air mata. suram, muram suasana malam itu, dan aku terasa mudah untuk melakukan setiap amal ibadat, 16 September 2016 Hari jumaat membawa kepada hari cuti persekolahan. dan aku membuka Facebook seperti biasa. untuk mengetahui perkembangan semasa. agak terkejut apabila mendapat berita bahawa Tuan Guru Haron Din teah pun meninggal dunia. tapi, aku segera mendapatkan kesahihannya. aku bersyukur apabila dikatakan TG belum meninggal namun masih kritikal di hospital. Tatkala memandu, aku memanjatkan doa agar TG disembuhkan. namun.... tepat jam 10.45 pagi, aku mendapat mesej viral dari seorang teman yang mengatakan TG telah pun pergi pada jam 10.10 pagi. Allahu.. aku cuba mendapatkan kepastian lagi. hatiku pilu, terasa sedih mencengkam seluruh perasaanku. TG sememangnya telah pergi.. aku menangis, kuseka air mataku, siapa dia padaku? bukan ayahku...

Doaku Agar Dia Imamku

Image
Hafiza berteleku di sebalik telekung putih yang menutupi tubuhnya. keadaan di surau  benar-benar sunyi. hanya dia di situ bertemankan kipas duduk yang terus berputar. di hadapannya   adalah tirai hijau yang memisahkan kawasan pelajar    lelaki  dan  perempuan.  begitulah keadaannya tatkala dia menunaikan solat sunat dhuha. surau itu sunyi tidak berpenghuni..    Hafiza melipat telekungnya apabila selesai bermunajat kepada Allah. waktu reha t nya berbaki beberapa minit lagi. Tiba-tiba pergerakannya kaku. telinganya menangkap suara yang amat lunak. Melagukan kalam suci yang mulia.     "...

suami koma

Image
KERIUHAN di pasar itu benar-benar membingitkan telinganya. Suara-suara penjual yang memanggil-manggil pembeli menambahkan lagi kebingitan  di pasar yang agak sederhana besar itu.  Hidayah terpaksa bersesak-sesak dengan pembeli-pembeli yang lain. Panas menyelubungi badannya. Peluh mula membasahi wajahnya. Sesekali hatinya merungut. Akhirnya dia berhenti di hadapan sebuah kedai ayam. Kedai ayam yang menjadi langganannya dan keluarga sejak dia masih kecil lagi. Dia mengesat peluh di dahinya. “ ya dik, nak beli ayam?” soal lelaki yang berumur lingkungan 30-an. Dia tersentak. Hampir ter...