dAhuLu dAn seKARaNg
Dulu, dia 'hair free' je
dulu baju dia ketat macam sarung nangka,
dulu, dia cakap macam orang kat hospital sakit jiwa
dulu hidup dia gelap tanpa pedoman,
kanan kiri lelaki menjadi teman,
dulu, pakwe dia bertukar ganti,
sekejap dengan mamat galah, sekejap dengan yang si kecil cili padi,
dulu, dia tak minat semua hal agama ni,
dulu, nak pegang telekung pun setahun sekali,
dulu, nak bentang sejadah pun masih tanya kiblat walau rumah sendiri,
dulu, kat laman facebook penuh dengan gambar sendiri,
tak bertudung, seluar paras peha, baju adik umur 5 tahun dia pinjam..
tapi itu cerita dulu,
cerita ketika dia tak lagi kenal ilmu,
cerita ketika dia tak lagi mengenal malu,
cerita ketika dia tak lagi biasa menyebut Allahu,
kenapa nak diungkit masa lalu itu?
kenapa nak diimbas kenangan pahit itu?
kenapa nak dibahas cerita lama itu?
dia kini bukanlah si kaki jalanan,
dia kini bukanlah si gadis murahan,
dia kini bukanlah insan buangan,
kini, tudung labuh menutupi kepalanya,
baju kurung menjaga auratnya,
suaranya tak lagi bersenandung satu taman,
hanya keluarga yang mengenal itu dia,
gambar di facebook, dipadam dan dibuang,
telekung di almari tak lagi bersawang,
kiblat di rumah dah dihafal dan dibentangkan sejadah,
lelaki bukanlah lagi temannya,
couple bukanlah lagi jalannya,
laghah bukanlah lagi amalannya,
saat air matanya menitik di satu malam,
mengenangkan dirinya yang malang,
dipenuhi dosa yang silam,
hatinya bertekad dan berazam
" Aku tak mahu perkara lama berulang"
biarlah dia melalui jalan pulang,
biarlah dia melangkah dengan tenang,
berilah sokongan dan dorongan..
mengapa harus kaucaci dia begitu?
mengapa harus kakukutuk dia berubah?
mengapa harus kau sebut jahilnya dulu?
adakah engkau yang memberi hidayah?
adakah engkau yang memberinya syurga?
sedangkan Allah maha Pemurah
menerima taubat hambaNya walaupun banyak..
ahlan wasahlan sahabtku tercinta
hijrahmu kusambut dengan tangan terbuka,
luahkanlah kesukaranmu di dada
agar Allah menjadi matlamatmu jua..
bukan mereka yang sibuk mengata..
ssahabat, setiap orang ada masa lalunya, kenpa kita harus mengutuk dia? kenapa harus kita mengherdik dia? hargailah dia.. hargailah hijrahnya.. keranA Allah tak pernah mensia-siakan hambanya...
Comments
Post a Comment