Posts

Showing posts from March, 2014

dOa SEOrANG hAMbA

Image
bismillahirrahmanirrahim.. segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.. selawat dan salam.. ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga Baginda dan para sahabat baginda.. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu keselematan dan kesejahteraan  dalam agamaMu dan kesihatan dalam tubuhku dan penambahan dalam ilmu dan keberkatan dalam rezekiku Ya Allah kami mohon pada-MU taubat sebelum ajal kami dan rahmat sewaktu ajal bertemu kami, dan pengampunan setelah kematian kami Ya Allah, permudahkanlah bagi kami sewaktu menghadapi Sakaratul Maut jauhkanlah kami daripada ampi neraka Ya Allah, matikanlah kami dalam Husnul Khotimah  (pengakhiran yang baik) dan jauhkanlah kami dari Su'ul Khotimah (pengakhiran yang buruk)  Ya Allah,  akhirkanlah nafas kami dengan lafaz Lailahaillallah.. Ya Allah akhirkanlah nafas kami dengan lafaz syahadah Ya Allah akhirkanlah nafas kami dengan lafaz takbir Ya Allah akh...

tolonG IngAtkAn Dia

Image
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia,  cinta manusia bakal membuatnya alpa.. Tolong nasihati sia dia,  jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,  jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia,  jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. Tolong katakan pada si dia,  dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia,  dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. Tolong ingatkan si dia,  aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia,  aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia,  aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia,  bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia,  bila dia tenggelam dal...

kamU MeManG CanTik

Image
Kamu memang cantik..selagi kamu tidak melulu, Kamu memang cantik..selagi kau menutup malu, Kamu memang cantik..selagi kau memelihara adab, Kamu memang cantik..selagi kau menjaga aurat, Kamu memang cantik..selagi kau menjaga batas, Kamu memang cantik..selagi kau waras berhias, Kamu memang cantik..selagi kau bersifat fitrah, Kamu memang cantik..selagi kau pantang menyerah, Kamu memang cantik...selagi kau terus bersolat, Kamu memang cantik..selagi kau lurus bertaubat, Kamu memang cantik..selagi kau jujur berilmu, Kamu memang cantik...selagi kau membaca al-quran, Kamu memang cantik..selagi kau beradab sopan, Kamu memang cantik..selagi kau kasih ibu bapa, Kamu memang cantik..selagi kau sabar dan tenang, Kamu memang cantik..selagi kau tegakkan islam, Kamu memang cantik..selagi kau mencegah kemungkaran, Kamu memang cantik.selagi kau berkebajikan, Kamu memang cantik...selagi kau berniatkan Tuhan, ...

kEkuaTaN USaH DitUnGGu

Image
Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah S.W.T... Tidak sedikitpun Allah S.W.T membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya mahupun hatinya... Kerana Allah S.W.T. teramat mencintainya... Tetapi andai kamu bergelumang dengan cinta lelaki dimanakah Allah untuk menjaga kita...? Allah seperti melepaskan kamu kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kamu... Jika Allah S.W.T datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki itu bermakna Allah S.W.T mahu ambil kamu kembali untuk dijagaNya... Kekuatan usah ditunggu tapi haruslah dicari... Hargailah kesempatan yang Allah S.W.T berikan... Mengapa masih ragu-ragu...? ~ Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita berasa berdosa melakukannya ~ -IMAM GHAZALI-

di SaaT Aku MeLaNgkAh

Image
gelap menyusuri langkahku saat aku harus terus melangkah dan tak mampu berhenti saat aku mula merasa hilang tempat berpaut aku hanyut dan sesat dalam perjalanan hidupku sendiri lama... rasanya terlalu lama... aku lalai dalam coretan hidup ini aku terkeluar dari landasan hidup yang suci.. aku hidup tanpa pedoman dan pengajaran... pada satu masa, saat hatiku mula tersentuh, saat hatiku mula terusik, saat mataku tidak lagi mampu menahan, air mata yang mengalir jatuh, mengenangkan dosa silamku yang menggunung, Ya Allah! saat itu aku terasa malu, malu dengan dosa dan salahku, malu dengan kealpaan dan kesombonganku dahulu, yang melangkah di atas muka bumi, sebagai khalifah yang jahil  aku juga manusia biasa! saat aku mengatakan, aku ingin berubah ada masanya aku juga akan terjatuh, janganlah cemuh diriku, janganlah kata tentangku,  kerana aku masih lagi bertatih untuk memaut pegangan yang satu, Ya aLLAH, hanya Engk...

dAhuLu dAn seKARaNg

Image
Dulu, dia 'hair free' je dulu baju dia ketat macam sarung nangka, dulu, dia cakap macam orang kat hospital sakit jiwa dulu hidup dia gelap tanpa pedoman, kanan kiri lelaki menjadi teman, dulu, pakwe dia bertukar ganti, sekejap dengan mamat galah, sekejap dengan yang si kecil cili padi, dulu, dia tak minat semua hal agama ni, dulu, nak pegang telekung pun setahun sekali, dulu, nak bentang sejadah pun masih tanya kiblat walau rumah sendiri, dulu, kat laman facebook penuh dengan gambar sendiri, tak bertudung, seluar paras peha, baju adik umur 5 tahun dia pinjam.. tapi itu cerita dulu,  cerita ketika dia tak lagi kenal ilmu, cerita ketika dia tak lagi mengenal malu, cerita ketika dia tak lagi biasa menyebut Allahu, kenapa nak diungkit masa lalu itu?  kenapa nak diimbas kenangan pahit itu? kenapa nak dibahas cerita lama itu? dia kini bukanlah si kaki jalanan,  dia kini bukanlah si gadis murahan, dia kini bukanlah insan buangan...