doaku agar dia menjadi imamku
Balqis berteleku di sebalik
telekung putih yang menutupi tubuhnya. keadaan di surau benar-benar sunyi.
hanya dia di situ bertemankan kipas duduk yang terus berputar. di hadapannya
adalah tirai hijau yang memisahkan kawasan pelajar lelaki dan perempuan.
begitulah keadaannya tatkala dia menunaikan solat sunat dhuha. surau itu sunyi
tidak berpenghuni..
Balqis melipat telekungnya apabila
selesai bermunajat kepada Allah. waktu rehanya berbaki beberapa minit lagi.
Tiba-tiba pergerakannya kaku. telinganya menangkap suara yang amat lunak.
Melagukan kalam suci yang mulia.
" suara siapakh itu?" bisik hati
kecilnya. Seingatnya hanya dia sendiri di dalam surau itu. Mungkin juga ada
pelajar lelaki yang turut sama menunaikan solat sunat Dhuha namun ditutupi oleh
tirai di hadapannya.
" indah suaranya..." bisik hati kecil Balqis yang mula
terpesona dengan kelunakan lelaki itu. Dia mendekati tirai yang menghalangi
sebahagian surau itu. Tangannya bergerak perlahan-lahan menyelak sedikit tirai
tersebut. hatinya benar-benar ingin tahu siapakah gerangan lelaki itu.
kelihatan seorang
pelajar lelaki duduk di satu sudut surau sambil membaca al-quran.
" Haikal..." bibirnya secara spontan menyebut nama teman
sekelasnya. dia kembali menutup tirai tersebut. namun suara lelaki itu tidak
mempu dihalang dari terus menerpa telinganya.
" Ya Allah
indah sekali suaranya..." Balqis terus memuji. lafaz Subhanallah tidak
lekang dari bibirnya. Dia melangkah keluar dari surau itu dengan hati yang
ditumbuhi bunga-bunga yang mekar. Dia sendiri tidak mengerti perasaan itu.
Suasana di dalam kelas 5 Sains 2 agak riuh
sewaktu Ustazah Saadah memulakan sesi pembelajaran Syariah Islamiah bagi
tingkatan 5. Ada kalanya kelas itu sepi seperti tidak berpenghuni, namun ada
kalanya menjadi riuh apabila beberapa orang pelajar lelaki mula buat kerenah.
" pesan ustazah untuk pelajar perempuan.." tiba-tiba ustazah
Saadah berkata. semua mata tertumpu pada guru muda itu.
" sekiranya awak meminati
seseorang, jangan beritahu padanya, tapi berdoalah kepada Allah agar dia
menjadi jodoh awak" kata-kata ustazah itu benar-benar meresap ke dalam
hatinya. Dia menunduk.
" habis ustazah, kalau lelaki?" soal Afie.
" kalau lelaki tak apalah. tapi jangan nak sakitkan hati perempuan
pula" pesan ustazah itu.
" yes, itulah yang best" seloroh Afie. semua pelajar
ketawa.Balqis hanya tersenyum kecil. lirik matanya menyerong kepana Haikal yang
sedang tertawa.
" adakah dia Imamku?" soal hati
kecil Balqis. Dia terus berdoa dan berharap.
sejak dari hari itu, saban malam dia akan
bangun berqiamullail dan memohon kepada Allah agar diberikan jodoh yang baik
dan soleh. fikirannya tidak mampu berhenti menggambarkan wajah Haikal yang
bersih dan dipenuhi dengan kesolehan.
PADA hari itu, semua pelajar tingkatan 5 SMK Pasir Gudang
menjadi seram sejuk. bukan disebabkan ssuhu bumi yang berkurangan secara
mendadak. dan bukan juga disebabkan salji yang turun tiba-tiba di bumi tropika,
tetapi disebabkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang telah diumukan.
Dengan Kuasa dan Kasih sayang Allah, Balqis memperoleh 11A+ dalam SPM.
Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana titik peluhnya selama ini membuahkan hasil
yang berlipat ganda. dia menangis kegembiraan.
Dia merangkul tubuh guru kelasnya, Ustazah
Sarah Wahidah yang tersenyum kepadanya. ucapan tahniah dan syabas diterimanya
bertali arus daripada rakan-rakan sekelasnya yang turut menadapat keputusan
yang cemerlang. Begitu juga Haikal, yang hadir dengan baju kemeja batik
berwarna biru. Hafiza terkedu tatkala lelaki itu mengucapkan tahniah kepadanya.
" tahniah Balqis! Alhamdulillah anti
berjaya" ucap lelaki itu dalam senyumnya.
" alhamdulillah. Mabruk anta
juga berjaya" balas Hafiza yang cuba menyelindungkan perasaannya.
" jadi, apa perancangan anti selepas
ini?" soal Haikal
" in shaa Allah, ana akan melanjutkan pelajaran dalam bidang agama
dan perguruan" balas Balqis.
" oh, ana doakan anti berjaya. selepas ini, ana akan ke Kelantan
untuk menyambung pelajaran di sana" jelas Haikal. Balqis terkedu. dalam
hatinya tersimpan kesedihan yang menebal. suaranya tersekat di kerongkong.
namun dia cuba untuk menahannya.
" ana doakan anta berjaya di sana..." ujarnya. Dia menunduk
memandang lantai. air matanya bagai tidak dapat tertahan lagi.
" ana minta maaf, ana harus pergi dahulu" ujar Balqis lalu
meninggalkan lelaki itu. Haikal masih tidak dapat membaca riak wajah gadis yang
meninggalkannya itu, hanya tersenyum.
MALAM semakin pekat menutupi dada langit. kesejukan mula
menyengat di tulang. Balqis masih berada dalam pakaian solatnya. tangannya luas
menadah tangan ke langit. air matanya tidak mampu tertahan lagi.
" Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih
mengetahui bahawa hati ini menyukainya dan menimpan perasaan terhadap Haikal.
sekiranya perpisahan telah Engkau takdirkan buat kami, Balqis redha.Balqis
terima. Ya Allah, sekiranya dia adalah jodohBalqis, maka pertemukanlah kami
dalam mahabbah cintaMu, namun sekiranya tidak, jangan biarkan hati ini
bersedih, dan kirimkan Imam yang mampu membimbingku kepadaMU" doa itu
terus meniti di bibirnya.
KASUT hitam ditanggalkan di pintu masjid Jamek Pasir Gudang.
dia melangkah masuk ke dalam ruangan wanita yang agak luas. suasana di dalam
masjid itu benar-benar sunyi.
"waktu dhuha masih berbaki beberapa minit lagi. rasanya masih
sempat ni" bisik hati Balqis. dia segera mengenakan telekungnya lantas
menunaikan solat sunat dhuha. solat sunat yang menjadi sunnah nabi kepada
ummatnya yang dicintai.
usai solat dan berdoa, dia kembali melangkah keluar masjid dan mendekati
keretanya. kereta yang diparkirkan tidak jauh dari tempatnya.
"
assalamualaikum" tiba-tiba dia disapa. dia tersentak lantas menoleh.
seorang lelaki berwajah bersih, bersongkok hitam dan terdapat sedikit janggut
di bawah dagunya.
" waalaikumsalam"
balasnya.
" anti,
Balqis?" soal lelaki itu.
" iya, ana
Balqis. siapa anta?" soal Hafiza. dahinya berkerut. wajah itu seakan biasa
dalam hidupnya.
' subhanallah, ana
Haikal" jelas lelaki itu.
" subhanallah,
terpancul kalimah itu dari bibirnya. hatinya tidak henti-henti bertasbih.
" Ya Allah
Engkau mempertemukan Balqis kembali dengannya" bisk hati kecil Balqis. 15
tahun kami terpisah, akhirnya kini engkau membawanya kepadaku. syukran Ya
Rabb" bisik hati kecilnya.
" anti sudah
beri jawapan kepada ibu anti?" entah mengapa lelaki itu bertanyakan itu
kepadanya.
" jawapan?
jawapan apa?" soal Balqis. dia pulang ke Pasir Gudang adalah kerana
menerima panggilan dari ibunya mengatakan bahawa ada orang telah merisiknya.
" tentang
risikan..." jelas Haikal.
" macam mana
anta tahu?" soal Balqis
" ana harap,
anti mendapat jawapan yang terbaik dari Allah samada ingin menerima lamaran ana
ataupun tidak" jelas Haikal. wajahnya tenang.
" maksud anta,
rombongan yang merisik itu ialah..." Baliqs tidak mempu meneruskan
kalimahnya. hatinya terus berzikir memuji Ilahi.
" na'am ukhty.
itu lamaran dari ana" jawab Haikal sambil tersenyum.
Balqis menekup mulutnya. air matanya bertakung di
kelopak mata.
" sebenarnya ana meminati anti sejak hari
pertama ana jumpa anti. tapi ana tahu ana masih belum layak untuk anti. jadi
ana ingin buktikan bahawa ana mampu menjadi seorang lelaki dan Imam yang
sempurna buat anti" jelasHaikal. Balqis hanya menunduk merenung kasutnya.
" Ya Allah,
terima kasih..." bisik hati kecil Balqis.
Comments
Post a Comment