Posts

Showing posts from 2013

PESANAN SYEIKH AHMAD YASIN

Image
Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung. Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalia...

Jodoh Itu Rahsia ( BAHAGIAN 2)

Image
Fatimah terkocoh-koch menuju ke kelas. tangannya penuh dengan buku-buku latihan pelajarnya. dia sudah lewat. akibat terlalu sibuk dengan mengurus jadual belajarnya sebentar tadi, dia hampir terlupa bahawa dia harus menghadiri kelas Tingkatan 5. dia membelok melepasi dinding. tiba-tiba tubuhnya terlanggar seseorang sehingga dia tertolak ke balakang. buku-bukunya terjatuh. berselerak di atas lantai.. Fatimah : Allah! Firdaus : Allah! maafkan saya. saya tak nampak cikgu tadi.. Fatimah : eh, tak mengapa. saya yang jalan tak tengok-tengok tadi. Fatimah terkocoh-kocoh mengutip buku-bukunya yang bersepah di atas lantai. dia turut dibantu oleh Cikgu Firdaus. terasa malu pula apabila dilihat oleh pelajar lain. fatimah bangun, begitu juga dengan Cikgu Firdaus. Firdaus: boleh ke cikgu bawa semua buku-buku ni sendiri? Fatimah : insyaAllah boleh Firdaus: cikgu tak mahu saya tolong ke? banyak ni bukunya.. Fatimah : eh, tak mengapa cikgu. lagipula kelas saya depan tu je. tak jauh pun. in...

jodoh itu rahsia

Image
SUASANA di masjid pada malam itu agak gamat. majlis sambutan maulidurrasul telah menarik ramai penduduk Taman Tanjung Puteri Resort untuk bersama-sama meraikannya. di sana, Fatimah turut menyumbang tenaga membantu menyediakan segala keperluan bersama-sama ahli tetangga yang lain.  Ibu: Fatimah, bawakan makanan ini ke meja VIP. nanti lepas ceramah ustaz jemputan akan makan di sini Fatimah: siapa ustaz jemputan tu mak? Ibu: entahlah, katanya pelajar dari Jordon Fatimah : oh, dia sudah sampai ke? Ibu: ada di dalam masjid. kata Cik Umi dia tengah solat sunat dulu Fatimah: ha, yalah. letak di sebelah sana ya/? Ibu: iya letakkan di sana. ada Cik Intan di sana. bagi pada dia Fatimah melangkah teratur membawa makanan yang sudah diatur rapi di atas dulang. dia melewati pintu masjid. matanya nakal memandang ke dalam. kelihatan seorang pemuda sedang solat. hatinya berbisik... mungkin dia ustaz tu.  pada malam itu, Fatimah menikmati penyampaian tazkirah daripada pem...

SELAGI ESOK MASIH ADA

Image
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA S.A.W assalamualaikum pengunjung blog Cintaku Hanya Buat Yang Maha Esa... semoga semuanya berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T subhanallah, sedar atau tidak kini kita telah pun berada di penghunjung bulan ramadhan.. bulan yang penuh dengan keberkahan, pengampunan buat semua hambaNya yang ingin bertaubat..  subhanallah, beruntunglah bagi mereka yang memperoleh hidayah dan bertaubat kepadaNya... tetapi malanglah bagi mereka yang masih lagi meraba-raba dalam kegelapan, khayal dalam keseronokan kehidupan di dunia yang fana' ini..  kenapa tajuk pada malam ini SELAGI ESOK MASIH ADA? sedang saya duduk termenung.. tiba-tiba saya didatangi satu pesanan ringkas yang cukup ringkas. yang cukup ringkas untuk membuatkan hati ini bergetar.. menyebabkan jantung ini berdegup kencang.. Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada All...

cinta manusia/ cinta Allah

assalamualaikum pengunjung blog yang baik hati.. harapnya saya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa dan salam ramadhan yang mulia.. semoga dalam ramadhan kali ini kita dapat meningkatkan amalan kita. pada satu malam... saya diberikan amanah untuk menyampaikan sedikit perkongsian bersama-sama sahabat sekolah saya berkenaan dengan CINTA ALLAH VS CINTA MANUSIA A PA ITU CINTA??  menurut hamka.cinta adalah laksana setitis embun yang suci dan bersih.. hanya saja jatuhnya di tanah yang tandus maka lahirlah kedurjanaan.. akan tetapi jika ia jatuh di tanah yang subur maka di situ lahirlah kebaikan.. cinta tak salah... hanya saja kita yang membuatkan cinta itu salah.. cinta iy adalah satu fitrah suci dari Allah buat kita. tapi kerana kerakusan manusia.. kegelojohan hawa nafsu... kesucian cinta itu tak lagi terpelihara... CINTA DAN ZINA orang selalu melihat zina sebagai sesuatu yang diertikan dengan PERSETUBUHAN HEAM LELAKI DAN WANITA.. tapi pernahkah kita ketahu...

HATI KITA

Image
assalamualaikum warahmatullah wabarokatuh... ahlan wasahlan ke blog ana... alhamdulillah, ana berkesempatan untuk menulils lagi di sini setelah agak lama berdiam diri...  subhanallah, Maha Suci Allah yang telah menitipkan perasaan dan hati kepada setiap hambaNya... ana faham.. menjelang usia remaja, kita sering dihinggapi dan disinggahi oleh perasaan yang dinamakan sebagai 'SUKA' atau mungkin 'MINAT' atau yang lebih mendalam dipanggil sebagai 'CINTA'  kita tak pernah meminta untuk menyukai seseorang, kita tak pernah meminta untuk mencintai seseorang. perasaan itu adalah anugerah dari Allah yang membuatkan hidup kita lebih indah dan penuh dengan warna-warni.. SUBHANALLAH KITA HIDUP BUKAN UNTUK CINTA, TETAPI CINTA ADALAH UNTUK KITA DALAM HIDUP INI JANGAN salah sangka duhai sahabat, kita hidup bukanlah bertuhankan cinta, kita hidup bukanlah untuk mengabdikan diri dalam cinta, tetapi cinta merupakan anugerah dari ILAHI agar kehidupan kita di dunia ini ak...

La Baksa Ya Allah

Image
Wardah duduk di halaman rumahnya sambil membaca buku novel yang sempat dibelinya ketika pesta buku di Angsana kelmarin            " wardah..." namanya dipanggil lembut. wardah mengangkat wajahnya. bapanya, Ustaz Shauki menghampirinya dengan senyuman. lantas duduk di hadapan gadis itu.          wardah menutup buku novelnya, dan ditanda dengan penanda buku yang cantik. wardah memandang wajah ayahnya yang sentiasa tenang dan terus tersenyum.           " iya abah" balas Wardah.            " abah nak cakap sesuatu dengan Wardah..." ujar Ustaz Shauki           " apa dia abah? cakaplah" balas Wardah. pasti ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh ayahnya itu.            " Wardah dah ada kenalan hati ke?" soal Ustaz Shauki. wardah emmandang tepat wajah ayahnya. jantungnya berdegup kencang. secara serta merta, dia teringatkan Akh ...

Cerita Sedih

assalamualaikum sahabat sahabat blogger yg ana sayangi dan kasihi sekaluan... kali ini ana ingin berkongsi kesedihan bersama asdiqa' semua... hati ana luluh dan pilu tatkala mendapat tahu bahawa teman sejati ana menghadapi pembedahan disebabkan barah otak... sungguh ana terkejut... sekian lama dia berfiam kini dia hadir dengan cerita dan khabar yang memilukan... dia sahabat yang selaly berada dengan ana.. dia selalu ambil berat tentang ana tanpa menghiraukan keadaan dirinya yang lebih kritikal dari ana jadi ana mohon doa antum semua... mohon doakan buat sahabat ana... srmoga dya diveri kesembuhan... syukran lakun

mungkinkah

Image
aku merenung ke luar jendela... lantas aku mereflaksi pada diriku sendiri... adakah hari ini hari terakhir aku dapat melihat dunia ini??? adakah hari ini hari terakhir aku bakal menginjakkan kakiku di ats bumi Ilahi ini??? kumerenung tanganku... apakah yang telah kulakukan selama ini dengannya?? adakah aku hanya berbuat maksiat dengannya)? atau menghlur dalam amalan soleh??? sedang nanti, segala amalanku akan ditanya dan dipersoal di hadapan ILahi... aku merenung kakiku... ke manakah telahku hala langkah ini??? adakah menuju ke arah redha Ilahi?? atau terus menuju murkaNya?? sedang nanti setiap langkahku akan dipersoal.. apa yang telah kulakukan selama ini?? adakah maksiat yabg mengerumuniku??? atau pahala yang menjadi temanku??? adakah hiburan menjadi santapanku)? atau redha Ilahi menjadi dambaanku??. aku menangis... menangis... tatkala aku berwea takut dengan gelapnya kubur??? tanpa cahaya yang menerangiku selain amalanku... aku gentar mengingatian kesunyian di dalam kubur ta...

doaku agar dia menjadi imamku

Image
Balqis berteleku di sebalik telekung putih yang menutupi tubuhnya. keadaan di surau benar-benar sunyi. hanya dia di situ bertemankan kipas duduk yang terus berputar. di hadapannya adalah tirai hijau yang memisahkan kawasan pelajar lelaki dan perempuan. begitulah keadaannya tatkala dia menunaikan solat sunat dhuha. surau itu sunyi tidak berpenghuni.. Balqis melipat telekungnya apabila selesai bermunajat kepada Allah. waktu rehanya berbaki beberapa minit lagi. Tiba-tiba pergerakannya kaku. telinganya menangkap suara yang amat lunak. Melagukan kalam suci yang mulia.                  " suara siapakh itu?" bisik hati kecilnya. Seingatnya hanya dia sendiri di dalam surau itu. Mungkin juga ada pelajar lelaki yang turut sama menunaikan solat sunat Dhuha namun ditutupi oleh tirai di hadapannya.   " indah suaranya..." bisik hati kecil Balqis yang mula terpesona dengan kelunakan lelaki itu. Dia mendekati...

Sembunyikan Atau Luahkan?

Image
dia memandang ke luar jendela surau.... surau yang agak luas itu dikelilingi dengan jendela-jendela moden yang berukiran cantik.  sesusuk tubuh lelaki yang bersongkok benar-benar menggetarkan hatinya. dia terus memandang lelaki itu di sebalik hijab yang menutupi dirinya... dia berbisik sendiri... tiba-tiba bahunya disentuh lembut.. dia tersentak.. lantas menoleh... seorang sahabt sekelasnya tersenyum kepadanya... " ukhty tengok apa di luar?" soal Fatimah lembut dan penuh pengertian. namun gadis itu hanya menunduk dan menggeleng.  " Tiada apa-apa... hanya mengamati keindahan ciptaan Allah" balas gadis itu cuba menyelindungi perasaannya..  Fatimah meninjau ke luar jendela.. " sungguh indah ciptaan Allah itu sehingga membuatkan  hati anti bergetar" ujar Fatimah sambil tersenyum manis. fahamlah dia kini bahawa sahabat di hadapannya itu sedang dilamun perasaan yang sinonim dialami oleh para belia.. " na'am ukhty... dia membuatkan...