KISAH DUIT 50 SEN
Assalamualaikum, pengunjung blog ana yang setia. Apalah sangat kan dengan duit 50 sen. budak-budak zaman sekarang pun pandang duit 50 sen sebelah mata aja. tapi ada satu kisah yang boleh kita jadikan iktibar. insyaAllah. di sebuah sekolah kebangsaan di kota raya. pada waktu rehat. semua pelajar pergi ke kantin untuk mengisi perut mereka yang kosong. tetapi pabila aku melintasi satu kelas, ada pelajar lelaki duduk di tempatnya dan tak keluar. Aku : Alif kenapa tak pergi rehat? Alif : saya tak ada duit cikgu.. Aku : awak bawa duit berapa ke sekolah Alif : saya bawa 50 sen je cikgu. 50 sen kat kantin dapat beli air sirap je. takkan saya nak minum air je.. Aku : habis awak setiap hari tak makan? Alif : duit hari ini saya akan simpan, esok saya dapat RM 1, jadi saya dapat beli air dengan kuih. Aku : jadi awak makan hari esok( selasa ) dengan hari khamis lah ya. jumaat pula? Alif : hari jumaat saya dermakan duit saya kat tabung. sebab emak saya pesan...