Jodoh Itu Rahsia ( BAHAGIAN 2)
Fatimah terkocoh-koch menuju ke kelas. tangannya penuh dengan buku-buku latihan pelajarnya. dia sudah lewat. akibat terlalu sibuk dengan mengurus jadual belajarnya sebentar tadi, dia hampir terlupa bahawa dia harus menghadiri kelas Tingkatan 5. dia membelok melepasi dinding. tiba-tiba tubuhnya terlanggar seseorang sehingga dia tertolak ke balakang. buku-bukunya terjatuh. berselerak di atas lantai.. Fatimah : Allah! Firdaus : Allah! maafkan saya. saya tak nampak cikgu tadi.. Fatimah : eh, tak mengapa. saya yang jalan tak tengok-tengok tadi. Fatimah terkocoh-kocoh mengutip buku-bukunya yang bersepah di atas lantai. dia turut dibantu oleh Cikgu Firdaus. terasa malu pula apabila dilihat oleh pelajar lain. fatimah bangun, begitu juga dengan Cikgu Firdaus. Firdaus: boleh ke cikgu bawa semua buku-buku ni sendiri? Fatimah : insyaAllah boleh Firdaus: cikgu tak mahu saya tolong ke? banyak ni bukunya.. Fatimah : eh, tak mengapa cikgu. lagipula kelas saya depan tu je. tak jauh pun. in...