Posts

Showing posts from 2012

Dirimu Adalah Epal, Ukhty.

Image
fatimah duduk di bangku keseorangan... dia menoleh ke kanan dan kirinya... tangannya bermain-main di atas pangkuannya... dia melepaskan keluhannya dari dalam... dilihat ke kanannya, kelihatan teman-temannya sedang berbual riang bersama pasangan mereka. dia kembali menunduk... " adakah tiada lelaki yang suka padaku?" soalnya sendiri. dia mengeluh berat... melepaskan sebuku perasaan yang sukar digambarkan... tiba-tiba bahunya disentuh lembut dan seorang gadis duduk di sampingnya. " assalamualaikum ukhty..." tegur gadis itu sambil tersenyum.. " waalaikumsalam ukhty..." balasnya. dia berusaha untuk tersenyum. namun dirasakan hambar. " limaza ukhty? anti kelihatannya sugul sekali... ada masalah kah?" soal gadis itu sambil memegang tangannya. dirasakan satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke dalam sanubarinya...  " tiada apa-apa ukhty.." balasnya cuba menyembunyikan sesuatu. " jangan bersembunyi dengan ana, ukhty....

Tasbih Ukhuah Ini

Image
  Ukhwah ini umpama tasbih Punya awal namun tiada akhirnya Andai tasbih ini berhenti Rasa cinta dan mahabbah di hati Sentiasa membara di dalam diri Yakin dan pasti... Sedikit masa nanti... kita akan mengulangi tasbih ini kembali Kerana cinta yang tertanam sentiasa bersemi Kerana tasbih ini tautannya cinta Rabbi Kerana kasih ini sentuhannya rahmat  Ilahi Zat yang sempurna kekal abadi Untaian tasbih ini untuk mengingati-Nya Diulang dan diratib demi meraih redha-Nya Seakan ukhwah bertemu dan berpisah Hanya untuk menyemai cinta di hati Agar gelap pada pandangan cinta dunia Jelas pandangannya pada nafsu yang sering berkuasa Sungguh ukhwah ini bukan sekadar nama Akan hidup dan mati  hingga ke hujung nyawa Saling memerlukan sesama kita Kerana fitrah kita tiada sempurna "Nasihat-menasihati sesama manusia" Suruhan Ilahi muhasabah jiwa Bimbinglah diri agar tasbih ini kekal di hati Jangan biar ia sunyi dan sepi Baw...

tolong jagakan dia YA ALLAH

Image
  Hubungan antara dua jiwa Yang berlainan jantina Perlu ada batasnya Perlu ada jaraknya Perlu ada hadnya Perlu ada pengawasnya Melainkan sudah disatukan dalam ikatan yang teramat mulia Dalam lafaz sakinah Yakni dengan akad nikah. Jika akad belum mengikat diri Bentengilah hati Kawallah hati Pandulah pergaulan Kekalkanlah jarak Minimumkanlah urusan Tegaskanlah peribadi Kuatkan hati dan lisan untuk berkata 'TIDAK' Pada perkara yang sia-sia Pada perkara yang remeh-temeh Pada perkara yang boleh melalaikan hati Pada perkara yang boleh menggugah iman. Namun, bagaimana jika sudah terlanjur mesra? Bagaimana jika sudah terlanjur bergerak mengenali? Bagaimana jka sudah terlanjur biasa bergurau senda? Bagaimana jika sudah terlalu kerap berhubungan atas urusan yang tidak penting? Usah khuatir! Usah bimbang! Usah risau! Ingatlah, Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Luas Pengampunannya Serta Maha pengasih Lagi Maha penyayang Maka Ayuh, mari kita mulakan dari awal! Ayuh kita ...

Aku kecewa kerana cinta

Image
Pernah kecewa? Pernah putus cinta? Cinta terhalang oleh keluarga? Atau sebenarnya memang bukan jodoh.., wahai hati, Perasaan kecewa itu sangat menyakitkan.. putus cinta itu sesuatu yang pedih.. apatah lagi cinta dikhianati.. perit.. umpama ditusuk bilahan pedang.. Cinta terhalang oleh keluarga.. yaAllah.. sungguh tragis.. mengapa dua insan bercinta tidak boleh disatukan? Sedangkan kasih sayang itu telah lama wujud.. Maka soal jodoh itu pun timbul.. mungkin dia bukan jodohmu.. siapa tahu.. mungkin Allah mahu menguji kamu sebelum Dia memberi nikmat kebahagiaan yang sebenar kepadamu wahai hati.. Benarlah kata-kata; “cinta tidak semestinya bersatu”.. kita tidak semestinya akan bersama dengan orang yang kita cintai. Tapi, kita akan bersama dengan jodoh yang telah tertulis untuk bersama kita di Luh Mahfuz.. kerana Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.. justeru, janganlah bazirkan perasaan cinta tu kepada mereka yang tidak sepatutnya menerima cinta.. ta...

terima kasih kerana meninggalkanku...

Image
"Assalamualaikum awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. Family saya dah terima dia. Petang tadi dia jumpa parent saya. Maafkan saya awak. Assalamualaikum..." Jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata. kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada cinta yang belum pasti. semakin ku cuba, ingatan tentang dia semakin kuat. yaAllah.. bantulah aku.. ***** "Wahai sahabatku, sampai bila kau mahu begini? kau dah tak seceria dulu. kerana cinta manusia kau jadi begini? kami benar-benar rindukan senyum tawamu sahabat"  kata-kata amir sahabatk...

Muslimah

Image
sesungguhnya perhiasan yang indah di muka bumi ini adalah muslimah solehah... duhai muslimah... engkau dimuliakan agamamu.. engkau dimuliakan Rasulmu... duhai muslimah peliharalah dirimu.. sebagaimana engkau memelihara emas dalam pakaianmu.. sebagaimana agamamu memeliharamu